May 27, 2009

Raja Namrud dan Myiasis

"Tell me what are the insects mentioned in the Quran," soal seorang pensyarah parasitologi dalam sesi kedua peperiksaan lisan semalam kepada sahabat saya, Harun.

"An-naml (semut), an-nahl (lebah), al-ankabut (labah-labah)"...

"Al-ba'udoh (nyamuk), al-qummal (kutu)," sambung sahabat saya dari Nigeria.

"What was the insect sent by Allah to destroy Namrud?" tanya pensyarah itu lagi.

"Mosquito."

Pensyarah tersebut menggeleng-gelengkan kepala. Kami jadi buntu. Namrud dan nyamuk, itulah kisah yang acapkali kita dengar sejak kecil lagi, dan kini pensyarah tersebut menafikannya?

"It was myiasis. A diphterous fly laid larvae inside Namrud's ear, and then the larvae migrated to his brain."

**************

Myiasis, satu penyakit di mana larva spesis lalat menjangkiti tisu dalam badan manusia seterusnya membawa kepada pelbagai komplikasi. Myiasis boleh menjangkiti sistem pencernaan, salur kencing, mata, hidung, kulit, dan di dalam kes Namrud, telinga.

Antara spesis lalat yang boleh menyebabkan auditory myiasis ini termasuklah Wohlfahrtia dan Sarcophaga. Setelah lalat ini mengeluarkan larvae ke dalam telinga yang kebiasaannya kotor atau mengandungi cecair seperti nanah dan sebagainya, larvae tersebut akan berpindah masuk ke dalam inner ear (telinga bahagian dalam) seterusnya ke otak manusia.

Hal inilah yang menerangkan simtom-simtom yang dihidapi oleh Namrud, seperti sakit kepala yang amat sehingga dia mengetuk kepalanya sendiri sehingga mati. Cuma perbezaannya di dalam kisah yang selalu kita dengar menyebutkan bahawa, "Seekor nyamuk masuk melalui telinga Namrud dan memakan otak Namrud sedikit demi sedikit."

Maka setelah sekian lama 'disuap' dengan kisah Raja Namrud dan nyamuk, barulah saya tahu bahawa sejenis spesis lalat sebenarnya yang menyebabkan kematian Raja Namrud, bukannya nyamuk.

*************

Alhamdulillah, the lecturer from the 1st station gave all of us 19 marks out of 20... We don't know about the 2nd one, but we got pretty good feelings that he's gonna give us enough marks.. Enough to at least pass the exam, given the circumstances that our written exam didn't go quite well the other day~ at least we walked away yesterday with 2 things, good marks & paradigm shift about Namrud! (^_~)


An example for rhino-orbital myiasis

Wohlfahrtia; with black-spotted appearance on its body

Sarcophaga fly; with chess-board appearance on its body

10 comments:

Eng Einy said...

lambat post r bro, tak sempat baca before exam td

c's said...

subhanallah~

best!

mau lagi cerita!~ :D

Nahnu Muslimin said...

syukran bro for da info.. tgh cari2 maklumat pasal miasis sebab nk present.. tetiba dpt ur blog citer pasal raja namrud.. very intrsting point.. kredit to u.. ur blog will be listed in my ref.

belas_kasihan16 said...

syukran 'ala maklumah!!
subhanallah.. hebatnye Allah yg mnciptakn!!

Jalalluddin Sayuti said...

tu ar...
Lambat baca...
Dah aku tgglkan kosong je soalan tu...
Buntu gile...
Dah baca bab myiasis...
Tapi point tak dtg...
Ada hikmah di sebalik semua ni..
Kalo tak aku tak tau pn yg Namrud kena myiasis...

MashaAllah, Subhanallah..

Eng Einy said...

sabar sayut...sabar~

aku pulak konpius nama lalat..haha

betol la ade hikmah tu, kadang2 Allah x bg ilmu tu sekarang, tp Dia bagi kemudian


p/s: wah,bangga tak ur blog masuk dlm ref?

Effy Saiful said...

tu laa..lambat skt post artikel ni..huhu

p/s: tak bangga lgsg ye cik rem..

Balqis said...

Salam,

Subhanallah...

Bestnya belajar perubatan dekat negara-negara Islam. Lecturer tanya camtuh time exam? What are the insects mentioned in the Quran? Lepas tu siap terangkan serangga sebenar yang serang Namrud scientifically.

Alhamdulillah, alhamdulillah... memang dapat satu ilmu baru tentang namrud nih, syukran berkongsi...

datang dari link dalam entri di blog faridrashidi...

Underground Millionaire said...

Myiasis Namrud (atau sejenisnya) sudah ada obatnya? Kalau sudah, apa generik / merek-nya? Thx

Jacknaim said...

salam..
effy sorry mencapap nak buat sesi jejak kasih kt page ko..

sayuti.... ko xde facebook ker..mcm mana aku nak contact haang.. ingat aku lg x? jumpa masa mission kt baling hr tu