Pada 13 dan 14 April 2010, saya telah dijemput oleh Badan Kebajikan Pelajar Johor di Mesir sebagai pembentang untuk sesi ceramah kesihatan kursus pra-perkahwinan khas buat pelajar-pelajar di Mesir.
Antara fokus utama yang saya tekankan sewaktu slot tersebut ialah kepentingan perancangan keluarga bagi pasangan-pasangan yang baru berkahwin.
Saya terangkan, walaupun Nabi s.a.w. berbangga dengan bilangan umat baginda yang ramai, tetapi dalam masa yang sama Nabi berpesan agar umat Islam tidak menjadi seperti buih-buih di lautan; bilangannya banyak, tetapi amat lemah. Dalam erti kata yang lain, Nabi mementingkan KUALITI berbanding KUANTITI. Maka untuk mencapai hal itu, perancangan keluarga adalah mandatori bagi setiap pasangan.
Saya juga terangkan, bahawa antara persepsi di kalangan masyarakat Melayu yang perlu diperbetulkan ialah keperluan untuk melahirkan anak sebaik sahaja berkahwin. Mungkin kerana mereka takut dipandang serong oleh masyarakat atau dilabel dengan gelaran seperti 'mandul' dan sebagainya, maka ramailah yang mencuba untuk mendapatkan anak ketika usia perkahwinan masih setahun jagung.
Tiada salahnya, cuma kadangkala mereka terlepas pandang aspek-aspek penting seperti kekukuhan ekonomi keluarga, persediaan emosi dan mental sebagai ibu bapa, kelapangan masa untuk membesarkan anak-anak dan banyak lagi.
Saya mencadangkan kepada mereka agar tunggu setahun dua lagi sebelum mencuba mendapatkan anak. Mungkin setelah itu, ekonomi keluarga sudah agak kukuh, dalam erti kata suami mampu menyediakan kemudahan bersalin yang selesa, sama ada di hospital kerajaan atau swasta yang bukannya murah zaman sekarang.
Susu dan pampers sudah mampu dibeli secukupnya. Jika anak sakit, boleh dibawa ke klinik tanpa perlu berhutang atau menebal muka meminta sana sini. Belum cerita lagi kos tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti yang perlu ditanggung oleh ibu bapa dalam masa terdekat!
Ada ibu bapa yang kebanggaan mereka terletak pada jenama pakaian yang dipakai anaknya. Atau video games yang mahal-mahal. Namun bagi sebahagian yang lain, seperti ibu bapa saya sendiri, kebanggaan mereka terletak kepada kemampuan mereka menyediakan wad yang selesa di hospital swasta ketika kami keracunan makanan.. Atau menyediakan bahan bacaan kanak-kanak yang berkualiti untuk kami baca.. Atau dapat menghantar kami ke guru tusyen yang baik.. Atau keselesaan kami semasa belajar.. Kata kuncinya, 'Prioritize'.
Juga dalam tempoh setahun dua yang pertama itu, suami isteri boleh 'enjoy' perkahwinan mereka, berkenal-kenalan dan bergurau senda sepuas hati mereka, sebelum isteri menunjukkan 'belangnya' sewaktu hormon mengandung menguasai emosinya, dan sebelum anak-anak mencuri penuh perhatian suami ke atas isteri dan perhatian isteri ke atas suami.
Suami isteri juga perlu menyiapkan mental mereka sebelum mendapatkan anak. Perkara-perkara asas seperti keperluan nutrisi ibu dan anak, apa perlu dibuat jika anak yang baru lahir menjadi kuning, bagaimana cara menyusu yang betul.. Semua perlu diberi perhatian, bukan dah beranak baru kelam-kabut dan tak prepared.
Termasuk dalam persiapan mental juga ialah, suami yang merokok wajib untuk cuba berhenti sebelum isterinya mula mengandung; demi menjaga ekonomi keluarga dan juga kesihatan anak di dalam kandungan.
Siapa yang bakal menjaga anak juga perlu dibincangkan. Ibu bapa hari ini dengan mudahnya menghantar anak ke nursery, tanpa mengetahui bahawa didikan yang terbaik datangnya daripada ibu bapa sendiri.
Di negara-negara maju, salah seorang suami atau isteri sanggup berhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji semata-mata untuk menjaga anak mereka yang baru lahir. Mereka juga akan mengkhaskan sebuah bilik (nursery room) khas untuk bayi tersebut. Semua ini demi memastikan anak mereka membesar dengan baik dan mendapat kasih sayang secukupnya.
Selepas itu, saya jelaskan kepada mereka, bahawa konsep perancangan keluarga ini bukan satu konsep yang baru diperkenalkan oleh perubatan moden. Ia telah pun disarankan oleh Nabi s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu.
Al-Quran dan hadis Nabi menggalakkan umatnya menjarangkan anak, sekurang-kurangnya 2 tahun. "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh." [Al-Baqarah: 233] Dengan cara ini, anak dapat menyusu dengan sempurna, dan mendapat perhatian dan didikan secukupnya daripada ibu bapa sebelum mendapat 'adik baru'.
Nabi di dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Abu Daud mengingatkan, “Janganlah kamu membunuh anak-anak kamu secara senyap-senyap (gheelah), kerana ‘gheelah’ merampas kuda dari penunggangnya lalu menjatuhkannya dari kuda tersebut.”
Jika anak hanya diselangkan setahun, bermakna, belum sempat anak pertama menyusu penuh selama 2 tahun, dia perlu berkongsi susu ibu dengan adiknya. Inilah yang dinamakan 'gheelah'.
Namun setelah beria-ia memahamkan para hadirin tentang kepentingan perancangan keluarga pada slot itu, ketika sesi soal jawab seorang hadirin bangun lalu bertanyakan soalan,
"Doktor, ada tips tak untuk meramaikan zuriat?"
(*_*)

*********

********

No comments:
Post a Comment