Jan 20, 2010

Empat ratus atau empat?

"Berapa harga untuk cermin baru?" tanya saya kepada tuan kedai cermin mata di Kaherah beberapa tahun lalu.

"Bergantung kepada power cermin. Berapa power kamu?"

"Empat ratus kanan, tiga ratus kiri."

"Empat ratus?! Tsk tsk. Mush ma'ul," katanya terperanjat.

*Tsk tsk - mcm bunyi cicak, adalah cara tipikal orang-orang mesir menafikan sesuatu)
*Mush ma'ul - tak masuk akal

*********

Pelik juga saya mengapa tuan kedai tersebut agak terperanjat bila saya katakan power saya empat ratus lebih. Sedangkan itulah yang sering diberitahu oleh optometris di kedai cermin mata sewaktu saya di Malaysia dulu.

Namun secara teknikalnya, power kanta untuk rabun jauh ditulis begini: -4.00

Tanda negatif (-) memberi makna kanta itu kanta cekung (concave lens) untuk rabun jauh, manakala tanda positif memberi makna kanta itu adalah kanta cembung (convex lens) untuk rabun dekat.

Nombor yang ditulis pula, secara teknikalnya disebut dalam bahasa inggeris, "Four diopters" (atau ejaannya dioptre bagi British. Diopter = unit power kanta tersebut)

Mungkin sebab itu la pemilik kedai tersebut terkejut, kerana angka yang sepatutnya disebut 'empat', tetapi disebut 'empat ratus', kerana baginya empat ratus bererti -400.00 diopters!

Namun saya kurang pasti mengapa rata-rata orang Malaysia menyebutnya begitu. Mungkin ada sahabat-sahabat yang mengambil jurusan optometry boleh menjelaskannya?

3 comments:

Dr Kadir said...

A ah time belajar Fizik kat sekolah pun pernah confuse mender ni. Kenapalah orang asyik refer power spec sampai beratus-ratus padahal 'mush ma'ul' :)

Naffy El-Jauhari said...

aku tau naper...magnification power di kira dengan formula p=1/f
f=focul length...
kalau focul length tuh dalam cm...jawapan dier mmg dapat 400...
kalau dalam metre...jawapan die dapat la 4 jer...
tp standart test mate semua pakai metre...orm malaysia je la...

diskbrake said...

hehe... nice info.. thanks