Jan 28, 2010

Tourette Syndrome

Tourette syndrome; merupakan satu penyakit psikiatri yang menyebabkan penghidapnya mengalami kekejangan otot kecil dan kadangkala disertai dengan perbuatan menyumpah seranah di luar kawalan (atau Coprolalia).

**************


Contoh pesakit yang menghidapi Tourette Syndrome


****************
Contoh remaja-remaja yang menghidapi Tourette Syndrome bersama Coprolalia (maki hamun)

*********

Saya kurang pasti, kerana saya tidak pernah lagi terjumpa mana-mana kes Tourette Syndrome ini di Malaysia, tapi mungkin juga ada kaitan rapat dengan perbuatan 'melatah' yang kebiasaannya dijumpai dalam masyarakat Melayu kita. Cuma bezanya Tourette Syndrome ini merupakan penyakit genetik (warisan) yang selalunya dikenalpasti seawal zaman kanak-kanak lagi.

Sebagai pencetus minda kepada para pembaca sekalian.. Andaikata penyakit seperti ini menimpa segelintir umat Islam, bagaimanakah mereka ingin menunaikan solat dengan sempurna? Adakah di sana hukum khas untuk pesakit seperti ini? Kerana seperti yang kita tahu, ia merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang membatalkan solat.

Fikir-fikirkan dan tanya-tanyakan

(^_~)

3 comments:

Juan Pablo said...

Salam Saudara Effy

Dulu saya ada baca dalam Mastika(waktu sebelum dia tukar ketua pengarang, waktu ia masih lg majalah infomatif) ada kisah seorang lelaki tua yg ada penyakit ni,sikit2 mencarut tanpa ada rangsangan spt cuit di pinggang atau sergah.

Latah ni dikatakan Culture Bound Syndrome. Berdasarkan pengamatan saya, biasanya org yang latah ni bermula dgn buat2 walaupun ada yang terkejut betul2. Lama2 dah menjadi kebiasaan. SEbab tu ia dikatakan CBS sebab seolah2 telah menjadi budaya.

Dr. Theorist said...

Salam,

A very interesting blog you have there. Isu-isu yang ditimbulkan sangat menarik. =)

joegrimjow said...

da tengok ramai yg baik ditimpa penyakit pelik2