Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Oct 20, 2011

Lighter burden or Stronger shoulder?



Unlike humans, Allah will never place a burden on someone greater than he can bear.

Thus, whenever we face a challenge, put faith in ourselves that we are capable of overcoming it. We just have to be patient, try harder and know where to look for solution.

A locksmith will never create a lock without its key. Similarly, for every difficulty that we have, Allah has already created a solution that we will find eventually.

Pray not for a lighter burden, but rather for a stronger shoulder.

:)

Oct 15, 2011

Poem for single Muslims


O single Muslim!
How chaste are you!
While others engage in haraam and fulfill their desires,
You shun the many calls to sin,
For fear of the hellfire!

O single Muslim!
How modest are you!
While others are ‘alone’,
They loose their fear of Allah,
But alone or not, you lower your gaze,
Refusing to look at haraam!

O single Muslim!
How sensible are you!
While others waste away their hours watching bollywold flicks,
You spend it worshipping Allah,
Fasting and increasing in ilm!

O single Muslim!
How devoted are you!
While others memorize lyrics to the latest songs,
You make an effort to memorize duaas and Quran!

O single Muslim!
How upright are you!
While others foolishly throw Quran and Sunnah to the side,
You strive to learn and implement them both into your life!

O single Muslim!
How blessed are you!
While others gossip,
And partake in useless matters,
You spend your time reflecting,
And preparing for the herafter!

O single Muslim!
How aware are you!
While others fall for the first person who plays the sweet card,
You know the tricks of shaytan,
And remain constantly on guard!

O Single Muslim!
How steadfast are you!
While others loose their modesty and dignity along the way,
You remain chaste and honorable, 
And your sabr only increases each day!

O single Muslim!
How fortunate are you!
While others rack up sins for forming illicit relationships,
You gain reward from Allah for your trials and hardships!

O single Muslim!
How intelligent are you!
While some make marriage their ultimate goal,
You know it’s only a means,
To reach the final abode!

O single muslim,
How wise are you!
While others desire spouses,
With only beauty and riches,
You desire an upright person,
With good character and religion!

O single Muslim,
How successful are you!
While others spend their time in grief,
Regretting their foolishness and haste,
For your steadfasteness and patience:
Allah grants you one of His most righteous slaves!

And O single Muslim,
How honored are you!
While others who lived in sin,
Will be humiliated on Qiyamah,
You will be granted honor and shade,
On the Day when there is NO shade,
Except under the throne of ALLAH!

#copied from Tumblr.com

Sep 22, 2010

Solat ni leceh?



Tapi biasalah, iklan yang tiada nilai komersil dan tidak menguntungkan, tiada siapa yang sudi taja.

Solat itu mudah, jangan disusah-susahkan.. Jangan diletak syarat yang mengarut2 e.g. mesti bertelekung, berkopiah, berbaju melayu, kain pelikat etc.

Memang benar solat perlu dalam pakaian terbaik, tetapi jika 'diwajibkan' benda2 sunat, bimbang orang akan memberi alasan tidak solat di shopping2 kompleks semata2 kerana 'lupa nak bawak telekung' atau 'kain pelikat'.

Nampak seperti tak logik, tetapi ia benar-benar berlaku di kalangan masyarakat. Pada 1 Syawal yang lalu, ketika masuk waktu solat Jumaat, saya bertanya kepada adik saudara saya berumur kira-kira 11 tahun, "Sembahyang Jumaat tak?"

"Alaa, takde samping laa.."

Lihat implikasi tidak langsung kesan daripada 'programming' masyarakat kepada anak-anak kecil. Sehingga dia rasa seperti tidak sah solat jika tiada samping.

2 minggu lepas juga sepupu lelaki saya mengadu tentang seorang pakcik yang menegurnya kerana memakai T-Shirt ketika solat di surau Jusco. What kinda sick advice is that?? So what, dia prefer orang2 yang pakai T-Shirt di shopping kompleks untuk TIDAK solat langsung? Ugh~

****

Bagi lelaki, dah besar panjang tu, kencinglah duduk, jangan berdiri. Sudah terpercik nanti, bagi alasan tak solat sebab seluar bernajis..

Bagi perempuan pula, pastikan aurat anda ditutup dengan sempurna ketika keluar berjalan. Jika anda masih perlu 'menutup' atau 'menampung' lagi mana-mana bahagian untuk tujuan solat, bermakna belum sempurna la tu.

Sep 7, 2010

Notes on Aidil Fitri

-Sebagai muhasabah, mari kita sama-sama fikirkan. Adakah patut bagi seorang Muslim yang dihidangkan dengan portion terbaik Ramadan Kareem (10 mlm terakhir), tetapi hatinya berada pada 1 Syawal?

-Salah seorang sahabat saya membuat analogi, cuba bayangkan dalam setahun kita kerja, sehari dibayar RM100. Namun ada satu bulan khas di mana setiap hari diganda sebanyak 10 kali. Jadi sehari kita dibayar RM1000. Agak-agaknya lah, mesti kita nak jadikan setiap bulan adalah bulan yang diganda 10 tu, kan? Dan bila bulan tu dah nak tinggalkan kita, mesti kita sedih. Sedih sebab tak dapat duit lebih.

-Begitu juga dengan Ramadan. Setiap amalan berganda-ganda pahalanya, setidak-tidaknya janganlah tidak ada sedikit pun perasaan sedih ketika bulan yang penuh 'tawaran istimewa' dan 'mega sale' ini berlalu meninggalkan kita.

-Perasaan bercampur baur sekarang ini. Gembira - atas kemenangan melawan nafsu selama sebulan. Sedih - kerana penghulu segala bulan ini akan pergi meninggalkan kita. Takut - andai kita tergolong dalam golongan yang didoakan kecelakaannya oleh Nabi, iaitu mereka yang berlalunya Ramadan tetapi masih lagi tidak diampuni dosanya oleh Allah (T_T)

-Namun Ustaz Hasrizal berpesan, jangan pula terlalu diratapi pemergian Ramadan sampai dicela kedatangan syawal dan kegembiraan mensyukurinya.

-Ustaz Zaharuddin juga mengingatkan, "
Berziarah & berkumpul di musim raya sepatutnya menambah pahala dan BUKAN mencipta dosa pelbagai melalui mata & lisanmu. Bukan pula medan menunjuk kemampuan diri, apatah lagi untuk membanding dirimu dengan kenderaan, pakaian & harta orang lain. Redhalah dengan apa yang sedang kamu miliki, jangan sesekali merasa diri ‘lebih’ atau ‘kurang’. Bebaskan diri dari rantaian kebanggaan & kehinaan kerana pemilikan duniamu."

-Dr. Asri Zainul Abidin juga ada menyentuh perihal menziarahi kubur dan bersedih-sedih pada pagi raya di SINI.

-Juga oleh kerana hari raya pada kali ini dijangkakan akan disambut pada hari Jumaat, mari kita luaskan pengetahuan kita mengenai hukum menunaikan solat Jumaat jika telah didahului dengan solat hari raya pada paginya di SINI.

-Maka saya dengan rasa rendah dirinya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf atas segala silap, zahir dan batin, sengaja atau tidak.

-"Jadilah hamba Allah, bukannya hamba Ramadan."
Semoga amalan Ramadan kita diterima Allah dan dikurniakan istiqamah dalam beribadah. Wallahua'lam

Sep 5, 2010

Adam = Isa?

Di dalam surah Ali Imran ayat 59 disebutkan bahawa, "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia

Ayat ini menekankan persamaan antara Nabi Adam dengan Nabi Isa a.s. dari segi penciptaan mereka, iaitu tanpa proses persetubuhan suami dan isteri, sebagai menjawab dakwaan orang-orang Kristian yang mengangkat Nabi Isa sebagai tuhan kerana beliau tidak mempunyai bapa.

Namun di sebalik persamaan ini, terdapat juga persamaan lain antara Nabi Adam dan Nabi Isa; iaitu kedua-dua mereka disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran.

Ya, nama Adam 25 kali, dan nama Isa juga 25 kali. Tak percaya boleh kira sendiri (^_^)

Bermakna, Adam = Isa bukan sahaja dari sudut penciptaannya, malah bilangan berapa kali disebut di dalam al-Quran. Begitu detailnya mukjizat al-Quran sehingga mengambil kira aspek matematik sekali ;)

Jangan lupa baca post tentang Kalimah Allah VS Imej Jesus di SINI.

x-ray-jesus
Rey­naldo Fari­nas, lelaki dari Florida yang mendakwa melihat imej Jesus di dalam chest x-ray beliau.

Sep 4, 2010

Syaitan penyebab lupa?

http://images.halloweencostumeideas.com/lil-devil-costume.jpg

Di dalam al-Quran, terdapat 2 tempat di mana 'lupa' dinisbahkan dengan 'syaitan'.

Dalam surah Yusuf ayat 42, disebutkan bahawa salah seorang daripada 2 orang pemuda yang berada di dalam penjara bersama Nabi Yusuf a.s. dipesan oleh baginda untuk menceritakan hal keadaan baginda yang sebenar kepada Raja Mesir selepas pemuda itu dibebaskan dari penjara. "Maka dia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun lagi."

Dalam surah al-Kahfi ayat 61, diceritakan kisah ketika Nabi Musa dan temannya sampai ke tempat pertemuan antara dua laut, lalu ikan yang mereka bawa terlepas ke dalam laut. Maka setelah beberapa ketika, mereka berhenti berehat dan Nabi Musa meminta temannya itu mengeluarkan ikan itu untuk makan tengahari, maka temannya itu menjawab,

"Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan". [Ayat 63]

****

Justeru mohonlah perlindungan kepada Tuhan daripada syaitan yang menyebabkan kita lupa. Lupa hafazan, lupa pelajaran, lupa kewajipan, lupa nikmat, lupa keistimewaan dan lupa tanggung jawab sebagai seorang Muslim. Amin

Aug 23, 2010

Firaun 101

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPZ-fwjAry9Jpev8DJd5AE0A8n40336sje_34m-SUQYOhc5FH0raDDZmLs7WkEHiDyO6hj78vmsg3lXBfmPwWtlTnZW9gKOY-opKQEmhceXcHDq7XdR9SAHyosvt7h7D8qp2hhGGXZiNo/s400/Pharaoh-Tutankhamun-3.jpg

1) Firaun hanyalah merupakan gelaran seseorang yang memerintah Mesir sahaja, dan bukan nama sebenar. Ia sama seperti gelaran Raja, Sultan dan sebagainya.

2) Firaun sempat mengaku beriman sebelum dia ditenggelamkan di dalam laut. Namun imannya tidak diterima Allah kerana taubat tidak diterima jika dilakukan betul-betul sebelum ajal. Kisah ini dirakamkan di dalam surah Yunus ayat 90.

3) Jasad Firaun diselamatkan Allah supaya menjadi teladan kepada umat-umat selepasnya. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 92, "Maka pada hari ini, Kami selamatkan badan kamu untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang selepasmu..."

4) Untuk berbuat kebajikan tidak perlu meminta izin. Mereka yang menyuruh orang lain meminta izin untuk berbuat baik sebenarnya menuruti legasi Firaun. Firaun bertanya kepada ahli-ahli sihirnya dalam surah Taha ayat 71:

"ءامنتم له قبل أن ءاذن لكم؟"
"Adakah kamu beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi keizinan kepada kamu?"

5) Namun sejahat-jahat Firaun sekalipun, Allah masih lagi memerintahkan Nabi Musa dan Harun untuk berlembut dengannya, sebagai satu bentuk rahmat-Nya kepada makhluk.

"فقولا له قولا لينا لعله يتذكر او يخشى"
"Maka bercakaplah (wahai Musa & Harun) kepadanya (Firaun) dgn kata2 yg lembut, moga2 dia beringat dan takut."

Jika beginilah rahmat Allah kepada insan yang mengaku Tuhan dengan menyebut "أنا ربكم الأعلى" (Akulah tuhanmu yang maha tinggi), bagaimana pula rahmat-Nya kpd insan yang bertasbih memuji Tuhan dengan mengucapkan "سبحان ربي الأعلى" - "Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi."

****

Baca kisah Raja Namrud pula di sini.

May 17, 2010

Cina VS Melayu



Di kawasan kediaman kami, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, ada 2 orang makcik Melayu yang sudah dikenal pasti membuat rondaan berkala, mengemis dari rumah ke rumah.. Namun ada juga 2 orang Cina; seorang makcik (gambar) dan seorang pakcik yang mentally retarded, kerjanya mengutip kotak2 dan botol2 utk dijual di tmpt2 recycle utk menyara kehidupan sehariannya (T_T)

Tak hairanlah mengapa org Cina boleh maju.. pengemisnya pun pandai cari duit, bukan minta duit!

Benar Islam amat menggalakkan umatnya memberi sedekah dan mengeluarkan zakat, sebagai salah satu cara untuk membasmi kemiskinan di negara-negara Islam.. Tetapi malangnya galakan ini telah dieksploitasi segelintir daripada mereka untuk hidup senang tanpa perlu bekerja~

Tidak dinafikan, kadangkala perlu untuk kita meletakkan diri dalam situasi mereka. Ada yang tua, sakit, cacat dan tiada keluarga. Namun mentaliti harus diubah, minda perlu dibaharukan, paradigma mesti dianjak. Meminta-minta TIDAK boleh dijadikan pilihan PERTAMA sebagai jalan penyelesaian!

Sayu hati melihat makcik Cina yang tiada kudrat mengheret sampah sarap demi mencari sesuap nasi, sedangkan orang kita sendiri menebalkan muka tanpa segan silu menjadikan pekerjaan meminta-minta sebagai profession tetap..

"Sesetengah oramg anggap kerja tu macam hina, tapi sebenarnya ia lebih bermaruah daripada orang yang tak mahu kerja dan suka meminta-minta." -my mother

May 8, 2010

Dosa Pahala Facebook

Be careful in clicking the 'share' button in Facebook, bcoz with everything we share, comes an akhirat 'investment' that won't be neglected. "Whoever invites towards wrongdoing, the sin of which he is guilty would be equal to the sins of the all those who followed him."

Similarly, if u share something good, you'll get your dividend in the hereafter, as long as someone keeps practicing what you shared. It'll be the best business ever done; zero capital and zero risk. "Whoever invites towards righteousness, his reward would be equal to the rewards of all those who followed him."

Also, be careful in clicking 'like' in Facebook statuses, because the lowest level of iman is silent resentments towards the wrongdoings. Where is our iman then if we 'like' it?

“Whoever sees something evil should change it with his hand. If he cannot, then with his tongue; and if he cannot do even that, then [he should hate it] in his heart. And that is the weakest degree of faith.” (Muslim)

*************
Are u a facebook addict? I know i am ;p

Apr 25, 2010

Ketua kampung dan surat menteri

Seorang ketua kampung, setelah mendapat sepucuk surat dari seorang menteri memberi arahan untuk membina sebuah jambatan di kampungnya dalam tempoh masa 7 hari, bersorak gembira sambil berarak bangga seluruh kampung, "Aku dpt surat dari menteri!"

Surat tersebut di'frame'kan serta digantung dengan elok di dinding rumahnya. Pantang ada tetamu yang datang bertandang, akan ditunjuknya surat itu dengan bangganya.

Namun setelah 7 hari berlalu, datanglah si menteri ke kampung yang disangkanya sudah ada jambatan. Malangnya si ketua kampung terlupa dengan arahan tersebut kerana sibuk berbangga dengan surat yang diterimanya itu.

Begitulah ibaratnya umat Islam zaman ini. Bermegah2 kepada umat lain dengan mukjizat Al-Quran yang diturunkan Tuhan, "Inilah kitab teragung." Nuskhah al-Quran dihias dan disampul rapi.. Diletakkannya di tempat yang mulia. Tetapi malangnya ramai yang terlupa akan arahan yang terkandung di dalamnya (T_T)

Apr 1, 2009

April Fool


I'm still doubting the 'history' behind April Fool..u know.. the one with Muslims in Spain being deceived n killed on April the 1st.. did it really happen or is it just one of the stories that Muslims made up n then let it circulate in the mailboxes n YMs -- just for fun??

Whatever their reasons are, I personally don't think that we, as a Muslim, have to make up stories like that in order to make other Muslims avoid making pranks and all that.. Just the fact that deceiving & fooling other people is not suitable with Islamic values is enough~

Turns out Saifulislam has the same vision with me (or I have the same vision with Saifulislam.. whichever is more believable..huhu)

He wrote:

"Saya lebih sedih kalau kita percaya dengan cerita ini sebab cerita ini adalah palsu, tiada kesahihan dalam sejarah dan mempercayainya akan menjadikan kita kelihatan ‘tidak cerdik’ di mata yang mengetahui. Tolak sahaja April Fool kerana ia lagha dan tiada kena mengena dengan budaya Islam. Tak perlu kita di’April Fool’kan oleh cerita April Fool ini!"

Jan 13, 2009

Segenih baru atau lama?

http://cache.virtualtourist.com/107780-Currency_Egyptian_Pound-Egypt.jpg

Teringat saya pesan seorang guru saya.. "Kalau nak sedekah, sediakan duit yang baru2.. jangan duit yang dah renyuk & usang tu yang dipilih.. Sedekah duit yang baru akan dapat dua pahala.. Pahala pertama pahala sedekah, pahala kedua pahala memasukkan kegembiraan ke dalam hati orang mukmin.."

Orang miskin yang memerlukan duit, walaupun mereka tak kisah sama ada duit tu baru atau tak, akan berasa lebih gembira jika dia diberikan duit baru yang masih 'berbau duit'.. Seolah2 dirinya dihargai..

Terus saya teringat firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 267, "Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (untuk disedekahkan), sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambil yang buruk itu (jika diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata (pandang sebelah mata)..."

Ramai dari kalangan kita pada hari ini, (khususnya yang berada di Mesir) selalunya memilih duit yang paling lusuh utk diberikan kepada orang2 miskin.. Jarang sekali kita kumpul duit segenih yang baru2 dan mengkhususkannya utk disedekahkan kepada orang miskin.. Sama ada kita sedar atau tidak, Allah sebenarnya melarang perbuatan ini..

Ya Allah, suburkanlah hati kami dengan kemurahan hati dan ketinggian budi, dan jauhkanlah kami dari perasaan sombong, takbur dan sifat bakhil.. Amiiin~

Oct 25, 2008

Sederhana atau Seimbang?


Di dalam post saya sebelum ini berkenaan 'Miskin dan Kaya dalam Islam', saya menekankan kepentingan umat Islam menjadi umat yg kaya, terutamanya dalam zaman moden hari ini..

Salah seorang pembaca blog saya memberi komen, "Jadi sederhana lebih selamat.. Jauh dari fitnah harta.."

Kebanyakan umat Islam pada hari ini menyangka bahawa 'Wasatiyah' memberi maksud 'Kesederhanaan'.. Kerana itulah mereka menterjemah ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 143 kepada:

"Dan demikianlah kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat yang sederhana supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia.."

Maka umat Islam hari ini pun menjadi satu umat yang sederhana sahaja.. Sederhana dalam bidang ilmu.. Sederhana dalam bidang harta.. Sederhana dalam bidang pembangunan.. Sederhana dalam bidang politik.. Sederhana dalam bidang teknologi.. Sederhana dalam bidang ekonomi.. Seterusnya dikalahkan oleh bangsa dan agama lain dalam bidang keduniaan.. Lalu lahirlah umat Islam yang mundur dan tertutup pemikirannya..

Perkataan 'Wasatiyah' sebenarnya perlu diterjemah kepada 'Seimbang', bukannya 'Sederhana'.. Maka ayat surah al-Baqarah ayat 143 sepatutnya perlu diterjemahkan kepada:

"Dan demikianlah kami menjadikan kamu (Wahai umat Muhammad) umat yang seimbang supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia.."

Begitu juga dengan sebuah hadis yang berbunyi:

'Khairul umuuri Ausatuha', perlu diterjemah kepada 'Sebaik-baik perkara adalah yang paling seimbang', bukannya 'sederhana'.

Seimbang, tidak memberi maksud 'sederhana', sebaliknya bermaksud umat Islam perlulah menguasai semua bidang semaksimum mungkin, tetapi perlulah menyeimbangkan antara dunia dan akhirat..

Maka dengan terjemahan ini, akan lahirlah umat Islam yang maju dalam bidang keduniaan, ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama maju dalam bidang keagamaan.. Barulah Islam akan lahir sebagai sebuah agama yang mantap umatnya dan cemerlang pemikirannya, seterusnya mampu menarik seluruh penduduk dunia untuk bernaung di bawah naungan Islam; bukannya sebaliknya..

Oct 23, 2008

Pelik tapi benar..


Remaja Islam pada hari ini sangatlah pelik.. Rajin baca al-quran.. rajin solat sunat.. Solat berjemaah di masjid tak pernah tinggal.. tetapi bila sampai bab couple, mereka dikalahkan oleh nafsu..

Banyak melibatkan diri dalam aktiviti2 keagamaan, tetapi masih keluar berdua2an dengan girlfriend atau boyfriend ke shopping complex, kedai makan dsb..

"Alaa, keluar aje..bukannye pegang tangan ke.. buat maksiat kee.."

"Kitorang practically dah bertunang dah sbnrnye.. Kalo xde apa2 halangan, mmg dia ni la isteri aku nanti.. so apa salahnyee.."

Tanpa ikatan yang sah sebagai seorang suami isteri, batas2 pergaulan perlulah dijaga.. Hatta tunang sekalipun, belum layak keluar berdua..apatah lagi berpegang tangan..

Tidak cukup dengan itu, diupload pula gambar mereka berdua di friendster dsb dengan bangganya..

Kalau mmg jenis tak sembahyang tak kisahlah sangat.. Kaki masjid?? Come on..

Mar 28, 2008

Niat kita ke majlis ilmu...??

Alhamdulillah.. kami baru selesai kelas riadus solihin ust hanafi hasin.. kali ke-3 setakat ini.. dan i allah akan ditamatkan pada minggu depan, memandangkan kelas rasmi anjuran BPI PERUBATAN juga bakal ditamatkan minggu depan..

Teringat saya pesanan Ust Hanafi mengenai kepentingan menghadiri serta mengajak sahabat lain untuk ke majlis ilmu seperti ini.. majlis yang disebut padanya nama Allah dan hadis2 Nabi s.a.w. yang bukan sekadar kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut baginda, tetapi cara hidup yang mesti diamalkan serta diserapkan ke dalam cara hidup kita sebagai seorang muslim..

Kalau nak mengharapkan masuk syurga dengan pahala sendiri, memang tidak mencukupi.. cuba sedaya upaya hidup dengan pahala orang lain.. caranya tidak lain dan tidak bukan, adalah dengan mengajak saudara kita melakukan kebaikan bersama-sama kita.. seperti mana disebutkan oleh baginda s.a.w: "Barangsiapa yang menunjukkan satu amalan baik, maka baginya ganjarannya dan ganjaran mereka yang mengikuti perbuatan baik tersebut tanpa dikurangkan pahala mereka sedikit pun..."

Datang ke majlis ilmu pula, perlulah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Ada yang datang ke kelas2 pengajian agama kerana ingin bertemu rakan2.. ada yang datang kerana hendak makan selepas kelas.. ada yang datang kerana jawatan yang disandang..

Apa pun niat anda, Allah akan memberi ganjaran berdasarkan apa yang diniatkan.. Jaga-jaga dengan niat.. jangan sampai kita tergolong dalam golongan mereka yang mensyirikkan Allah, walaupun dgn syirik khafi (syirik ringan/kecil)..

Berkenaan hal ini, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada memberi sedikit tips untuk mengetahui, adakah kita ikhlas dalam beramal atau tidak di dalam sebuah kitab beliau, An-Niat Wa Al-Ikhlas..

Antaranya, amalan kita tetap sama, sama ada ketika menjadi ketua, ataupun menjadi orang bawahan.. sebagai contoh, seorang yang ikhlas dalam menuntut ilmu itu akan tetap menghadiri kelas pengajian agama, sama ada ketika dirinya menjawat jawatan AJK Biro Pembangunan Insan, ataupun ketika dirinya sudah tidak lagi menjawat jawatan tersebut..

Jika kita hanya bersemangat datang ke majlis ilmu ketika kita memegang jawatan tersebut sahaja, dan menjadi malas serta merta setelah tamat jawatan, ertinya kita belum mencapai tahap ikhlas yang dikehendaki..

Semoga Allah bantu kita untuk beramal dan ikhlas dalam beramal.. (^_~)

Mar 22, 2008

Holier-than-thou

Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain..

Hari ini, ramai org bersolat di masjid, membaca Al-Quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu.. Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah.. Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat..

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafazkan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah.. Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s. dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita di sisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka..

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat.. ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya.. Tetapi golongan yang bersifat holier-than-thou ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya.. Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..

Feb 13, 2008

Kepentingan Berusaha..



Salam Maal Hijrah 1429
.. semoga Allah permudahkan kita untuk melalui tahun yang lebih sempurna dan lebih bermakna pada tahun ini..

Musim peperiksaan bagi universiti2 di Mesir kini sudah benar2 hampir.. Bagi yg sudah menggembeling seluruh tenaga untuk menghadapinya, kini tibalah masa untuk menyerahkan segalanya kepada Allah.. moga2 dipermudahkan urusan pada hari peperiksaan..

Bagi mereka yg masih banyak lagi belum dicover, masih belum terlambat untuk memulakan usaha.. Allah tidak memandang kepada hasil atau natijah.. tetapi Allah memandang kpd usaha n niat seseorang itu..



Di dalam surah Al-Hajj ayat 27, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyeru manusia untuk datang mengerjakan haji.. perkara yang dirasakan mustahil ini tetap juga dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim tanpa memandang kepada hasil yang memberansangkan, memandangkan ketika itu masih belum wujud sistem internet mahupun telefon untuk mewarwarkan perkara tersebut.. Sedangkan jika dikehendaki Allah, boleh sahaja dicampakkan keinginan manusia dari pelosok dunia untuk datang mengerjakan haji tanpa berhajat kepada usaha Nabi Ibrahim yang sedikit itu..

Namun, berkat usaha baginda, manusia datang berbondong2 dengan berjalan kaki dan menunggang tunggangan dari penjuru dunia untuk menunaikan haji..




Di dalam surah Maryam ayat 25 pula, Allah memerintahkan Maryam yang ketika itu sedang sarat mengandungkan Isa a.s. untuk menggoyangkan batang pohon kurma, supaya gugur buahnya untuk dijadikan makanan kepada Maryam a.s. Sedangkan ketika itu, Allah mampu saja untuk menggugurkan buah tersebut tanpa memerlukan usaha Maryam..

Namun memandang kepada kepentingan USAHA, diperintahkan juga kepada Maryam untuk menggoyangkan pohon tersebut, maka dengan berkat usaha beliau, jatuhlah buah kurma yang masak ranum..

Jgn bimbang kepada hasil atau natijah dengan memandang kpd nilai usaha yang sedikit..

Terus usaha, usaha, dan usaha lagi!! (^_^)

Perintah Menundukkan Pandangan Dalam Bible..

Di dalam Islam, manusia diperintahkan untuk menundukkan pandangan daripada perkara-perkara yang diharamkan. Perintah menundukkan pandangan disebutkan dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka."

Namun perintah ini bukan hanya ditujukan kepada kaum lelaki sahaja. Wanita juga sebenarnya tidak boleh melihat lelaki yang diharamkan keatasnya dengan sewenang-wenangnya. Perintah menundukkan pandangan kepada wanita disebutkan dalam ayat seterusnya (ayat 31) dan perintah ini juga diikuti dengan perintah menutup aurat, sebagai langkah untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Kesimpulannya, kaum lelaki dan wanita haruslah saling tolong menolong dalam hal ini. Si lelaki menjaga pandangan, si wanita menutup aurat serta menjaga pandangan. Jika konsep ini diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Muslim, maka tidak timbullah sebarang masalah sepertimana yang dihadapi oleh masyarakat barat pada masa ini.

Di dalam Bible juga sebenarnya terdapat perintah untuk menundukkan pandangan.. Di dalam Bible versi New International (NIV), disebutkan di dalam Matthew bab 5 ayat 27 hingga 28, bahawa Jesus berkata "You have heard that it was said, 'Do not commit adultery.' But I tell you that anyone who looks at a woman lustfully has already committed adultery with her in his heart."

Menurut Alkitab terbitan The Bible Society of Malaysia, ianya bermaksud, "Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: 'Jangan berzina.' Tetapi sekarang aku berkata kepada kamu: Sesiapa yang memandang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati."

Jelasnya, perbuatan melihat kepada perkara yang menaikkan nafsu syahwat dilarang di dalam Islam. Ianya juga dilarang di dalam Bible. Namun, tidak diketahui mengapakah perkara ini masih berleluasa di kalangan masyarakat pada hari ini, sama ada yang beragama Islam mahupun Kristian..

Umat Islam, sebagai umat yg terbaik, seharusnya rasa tercabar dgn perintah menundukkan pandangan di dalam Bible tersebut.. Sedangkan agama Kristian pun melarang perkara itu, apatah lagi Islam; agama terbaik di muka bumi ini..

Perbaharui Iman...

Iman yang sudah diperolehi pula perlulah sentiasa diperbaharui. Para sahabat pernah bertanya kepada Nabi, bagaimanakah caranya untuk memperbaharui iman.. Maka Nabi pun memerintahkan agar diperbanyakkan menyebut Laa ilaaha illallah.. Kalimah tauhid ini menurut pandangan para ulamak tidak terhad kepada menyebut Laa ilaaha illallah sahaja.. Apa sahaja kata-kata atau nasihat yang boleh menggambarkan keesaan Allah mampu memperbarui iman..

Iman yang selalu diperbaharui pula mestilah disertai dengan amal.. Iman tanpa amal atau amal tanpa iman adalah sia-sia.. Iman semata-mata tidak mampu menyelamatkan kita daripada azab neraka Allah di akhirat kelak.. Ianya perlulah disertai dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah serta menjauhi segala bentuk larangan-Nya...

Berdoalah kepada Allah agar sentiasa menetapkan iman di dalam hati kita hingga ke akhir hayat.. Perbanyakkanlah amalan yang boleh menambahkan keimanan, kerana iman manusia sentiasa meningkat dan menurun.. Kita tidak sama seperti malaikat, yang imannya tetap sepanjang masa.. Ataupun seperti para Nabi, yang imannya sentiasa menaik, tidak pernah turun.. Kita adalah manusia yang perlu berdoa kepada pemilik hati ini, agar ditetapkan dalam jalan yang diredhai-Nya..

Iman Oh Iman...

Nikmat iman dan Islam merupakan dua nikmat terbesar yang seharusnya kita syukuri dengan sebenar-benar syukur.. Perbahasan mengenai iman merupakan perbahasan yang paling penting untuk dibincangkan, kerana ianya yang akan menentukan di mana pengakhiran hidup kita di akhirat kelak.. Sama ada di syurga yang penuh nikmat, ataupun di neraka yang penuh azab..

Dengan iman, seorang mukmin dapat mengenali penciptanya.. Dengan iman juga, seorang ahli maksiat yang telah diseksa dengan dahsyat di dalam neraka akhirnya dapat merasai nikmat syurga..

Iman yang teguh tidak datang bergolek.. Sebaliknya, manusialah yang perlu bersungguh-sungguh berusaha mendapatkannya walau dengan apa jua caranya.. Lumrah alam, sesuatu yang berharga pastilah sukar untuk dicari..

Nabi Ibrahim di dalam surah Al-Baqarah ayat 260 pernah bermohon kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan semula orang yang telah mati.. Bukan kerana tidak percaya dengan kuasa Allah, tetapi hanyalah untuk menenangkan hatinya serta mengukuhkan keimanannya.. Maka Allah memerintahkannya untuk meletakkan 4 ekor burung di atas setiap bukit.. Kemudian disuruhnya untuk memangil kembali kesemua burung-burung tersebut, lalu mereka pun datang kepada Nabi Ibrahim dengan segera..

Nampak macam perkara mudah.. Tetapi bayangkan, hanya kerana ingin mengukuhkan keyakinannya terhadap kuasa Allah, Nabi Ibrahim perlu mendaki bukit-bukau dan bersusah payah menuruninya kembali.. Ini adalah isyarat yang diberikan Allah bahawa iman yang kukuh bukanlah satu perkara yang mudah untuk dimiliki..

Pada ayat sebelumnya, dinyatakan bahawa Allah mematikan seorang lelaki yang ingin mengetahui bagaimana Allah menghidupkan sesuatu yang telah mati, kemudian membangkitkannya semula selepas 100 tahun.. Setelah itu, barulah lelaki itu meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.. Nah, ini pula, selepas mati 100 tahun barulah dapat meyakini kekuasaan Allah.. Memang benarlah iman ini sukar dicari..