Aug 21, 2009

Puasa VS Diet ??


Bulan puasa tiba lagi.. Rasa seperti baru semalam berterawih pada malam hari dan bershopping bertadarus al-Quran pada siang harinya...

Bila tiba bulan Ramadhan, ramai yang memasang azam supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu.. Tidak kurang juga yang menyelitkan niat untuk 'diet', supaya baju raya yang sudah ditempah 2 bulan awal dapat disarungnya..

Jadi niat puasa sudah tidak 'pure' atau tidak 100% lagi kerana Allah.. Persoalannya, adakah benar puasa boleh dijadikan sebagai satu program diet yang tidak rasmi?

Secara perubatannya, diet yang berkesan untuk mengurangkan berat badan bukanlah dengan cara mengurangkan berapa kali makan dalam sehari; seperti yang kita semua lalui dalam bulan puasa.. Hanya 2 (atau 3) kali sahaja dalam sehari, i.e. sahur, berbuka (dan moreh bagi sesetengah orang).. Ada yang kerana ingin diet, mereka meninggalkan sahur dan hanya makan ketika berbuka puasa sahaja..

Badan kita mempunyai satu sistem, yang dinamakan Specific Dynamic Action (SDA), ditakrifkan sebagai 'kenaikan kadar metabolisme yang disebabkan oleh pengambilan makanan'.. Dalam erti kata lain, badan kita akan menghasilkan haba lebih sedikit daripada biasa setiap kali selepas makan dan berterusan sehingga 4-5 jam sebelum turun semula kepada normal..

SDA ini pula, berbeza mengikut jenis makanan yang diambil:-

-Protein menaikkan metabolisme badan sebanyak 30%
-Karbohidrat menaikkan metabolisme badan sebanyak 6%
-Lemak menaikkan metabolisme badan sebanyak 4%
-Campuran ketiga-tiga bahan ini menaikkan metabolisme badan sebanyak 10%

Bermakna, jika seseorang itu makan protein, badannya akan menghasilkan haba yang lebih banyak daripada jika dia memakan karbohidrat.. Sebab itulah mereka yang obese dinasihatkan untuk mengambil makanan yang berdasarkan protein, supaya kadar metabolisme mereka akan menjadi tinggi sedikit, seterusnya membantu mengurangkan berat badan mereka..

Maka jika seseorang itu ingin mengurangkan berat badan mereka, berpuasa bukanlah satu jalan yang paling efektif, sebaliknya mereka yang ingin mengurangkan berat badan dinasihatkan supaya makan dalam kuantiti yang sedikit, tetapi kerap (jika normal 3 kali sehari, jadikan 6 kali sehari). Tetapi,jangan sampai 6 kali sehari, tetapi kuantitinya banyak! Nanti lain pula jadinya..

Tambahan pula, jika seseorang itu membiasakan dirinya makan sekali atau dua kali sahaja sehari, sistem badannya akan perlahan-lahan bertukar kepada 'survival mode', di mana karbohidrat yang dimakan akan secara automatik disimpan sebagai lemak (bukan glukosa sepertimana biasa) kerana badan kita menyangka kita sedang berada dalam kebuluran.. Maka semakin sedikit bilangan kali kita makan dalam sehari, semakin banyaklah lemak yang 'diternak'.

****

Maka kali ini, saya ingin mengajak kepada diri saya dan juga para pembaca sekalian agar sama-sama membetulkan niat dalam menjalani ibadah puasa kita pada Ramadhan kali ini agar tidak bercampur-baur dengan niat yang lain.. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah sepertimana yang telah dijanjikan.. Wallahua'lam

5 comments:

Jackster® said...

sy terjumpa seorang rakan blogger, katenye makin pose makin gemuk hehe

cikgu_eya said...

Haha...

memang pn. Banyak salah faham tentang fakta pemakanan neh. Tapi kan effy, mungkin akh leh terangkan dengan jelas makanan2 berunsur protein untuk mengawal berat badan. Bukan kalau makan lebih prtein haiwan, atau sumber protein daging merah, menyumbang kepada obese ker?

Mohon effy terangkan dengan lebih lanju sebab ana sedang berdiet untuk kawen... ^^

Jazakallah.... ^^

Effy Saiful said...

apa2 sumber sekalipun, jika makan dalam kuantiti yang banyak,akan menyumbang kepada obese juga ;) kalau baca buku South Beach Diet, dia akan cadangkan kita untuk tinggalkan 100% karbohidrat pada fasa pertama, dan hanya boleh makan protein daging putih (ayam dan ikan sahaja)..

tp bulan puasa ni kuat sikit godaannya..waktu berbuka mmg akan makan terlebih kuota..hehe

c's said...

diet in food intake wont work well without exercises, so rerajen terawih skali.. :P

1/3 makanan
1/3 air
1/3 udara

honestly saya masih bermasalah, metabolisme tinggi membuatkan saya x takut makan pe saja tanpa memikirkan masa depan kesihatan.. *sigh*

wallahua3lam

Effy Saiful said...

betul tu..i used to have the same problem.. until last 3-4 years, i could eat whatever i wanted without having to worry about gaining weight.. but now.....zzZzz